KINETIK CONSULTING SDN BHD PERSONAL DATA NOTICE
This personal data notice regarding the use and treatment of your personal data (“Personal Data Notice”) by KINETIK CONSULTING SDN BHD (“we”, “our” or “us”) is issued pursuant to the statutory requirements of the Personal Data Protection Act 2010 (“PDPA”).
We specialise in providing on-site engagement services to our clients, including but not limited to screening, interviewing, finalising offers and acceptance, employees onboarding, providing data insights for our client, training, and process designing.
In the course of your dealing with us, you may be required to provide your relevant personal data to us. You may also be requested to provide your relevant personal data to us when you access our website at http://www.letsgokinetik.com.
This Personal Data Notice sets out how we collect and process your personal data. By continuing to communicate with us, browse our website or utilize our services, you expressly consent to our collection, storage, use, retention and disclosure of your personal data as described below.
The personal data that we may collect, without limitation, includes:
- your name;
- your contact details such as your email address and phone number;
- your age;
- your gender;
- your date of birth;
- your identity card or passport number;
- your ethnicity;
- your nationality; and
- your residential address.
(collectively referred to as the “Personal Data”)
Apart from the Personal Data provided by you, we may also collect from you personal data including but not limited to any medical conditions and medications taken by you (where applicable), political opinions, religious beliefs, information relating to your spouse, child and/or other family members or commission or alleged commission by you of any offence (“Sensitive Personal Data”).
We will collect and process your Personal Data and/or Sensitive Personal Data for any of the following purposes:
- to communicate with you;
- to facilitate your use of our services;
- to enable us to comply with obligations under law or any regulations;
- for research, benchmarking and statistical analysis; and
- to ensure that the information you provide is verified and correct.
(collectively referred to as the “Purposes”).
By providing your Personal Data and/or Sensitive Personal Data to us, you consent to us processing your Personal Data and/or Sensitive Personal Data in accordance with this Personal Data Notice, and you confirm that all Personal Data and/or Sensitive Personal Data provided by you is accurate and complete, and that none of it is misleading or out of date. You will promptly update us in the event of any change to your Personal Data.
In certain circumstances, we may disclose your personal data if required for any of the Purposes above. We may share your Personal Data and/or Sensitive Personal Data, if required, to third parties such as our related companies, professional advisers, our subcontractors or service providers, within or outside Malaysia, on a need-to-know basis and for any other legitimate business purposes only, and to any person to whom we are compelled or required to do so by in law or in response to a government agency.
If you do not provide us with the above Personal Data and/or Sensitive Personal Data, or do not consent to this Personal Data Notice, we may not be able to perform our services effectively, or your ability to enjoy the benefits from our services may be affected.
We are committed to safeguarding your Personal Data and/or Sensitive Personal Data and ensuring that it is stored securely. You have the right to request (details below) for access to, request for a copy of, and request to update or correct your Personal Data and/or Sensitive Personal Data held by us. You also have the right at any time to request for us (details below) to limit the processing and use of your Personal Data, subject to our right to rely on any statutory exemptions and/or exceptions to collect, use and disclose your Personal Data.
We reserve the right to update and amend this Personal Data Notice from time to time, any updates to the Personal Data Notice will be published on our website.
In accordance with Section 7(3) of the PDPA, this Personal Data Notice is issued in both English and Bahasa Malaysia. In the event of any inconsistencies or discrepancies between the English version and the Bahasa Malaysia version, the English version shall prevail.
If you have any requests to access, obtain a copy of, update, correct or limit the processing of your Personal Data, questions, complaints, or if you wish to withdraw your consent to us collecting and processing your Personal Data, kindly contact our representative at hello@letsgokinetik.com.
Where allowed by PDPA, we may charge a fee to process your request and will inform you of the fee before processing your request.
As at January 2021.
KINETIK CONSULTING SDN BHD PERSONAL DATA NOTICE
Notis Data Peribadi
Notis data peribadi ini berkaitan dengan penggunaan dan pemprosesan data peribadi anda (“Notis Data Peribadi”) oleh KINETIK CONSULTING SDN BHD (“kami”) dikeluarkan selaras dengan keperluan statutori di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).
Kami pakar dalam menyediakan perkhidmatan penglibatan di lokasi kepada pelanggan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada saringan, temu duga, pemuktamadan tawaran dan penerimaan, pemula tugasan pekerja, penyediaan data dan analitik kepada pelanggan kami, latihan, dan reka bentuk proses.
Sepanjang urusan anda dengan kami, anda mungkin dikehendaki memberikan data peribadi yang berkaitan kepada kami. Anda juga mungkin diminta untuk memberikan data peribadi yang berkaitan apabila anda melayari laman web kami di http://www.letsgokinetik.com.
Notis Data Peribadi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul dan memproses data peribadi anda. Dengan terus berkomunikasi dengan kami, melayari laman web kami atau menggunakan perkhidmatan kami, anda dengan ini memberikan keizinan secara nyata kepada kami untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan, mengekalkan dan mendedahkan data peribadi anda seperti yang dihuraikan di bawah.
Data peribadi yang mungkin kami kumpul termasuk, tanpa had:
-
nama anda;
-
maklumat hubungan anda seperti alamat e-mel dan nombor telefon;
-
umur anda;
-
jantina anda;
-
tarikh lahir anda;
-
nombor kad pengenalan atau nombor pasport anda;
-
etnik anda;
-
kewarganegaraan anda; dan
-
alamat tempat tinggal anda.
(kesemua ini dirujuk secara kolektif sebagai “Data Peribadi”)
Selain daripada Data Peribadi yang anda berikan, kami juga mungkin mengumpul data peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada keadaan kesihatan dan ubat-ubatan yang diambil (jika berkenaan), pandangan politik, kepercayaan agama, maklumat berkaitan pasangan, anak dan/atau ahli keluarga lain atau apa-apa kesalahan yang dilakukan atau didakwa dilakukan oleh anda (“Data Peribadi Sensitif”).
Kami akan mengumpul dan memproses Data Peribadi dan/atau Data Peribadi Sensitif anda bagi mana-mana tujuan berikut:
-
untuk berkomunikasi dengan anda;
-
untuk memudahkan penggunaan perkhidmatan kami oleh anda;
-
untuk membolehkan kami mematuhi kewajipan di bawah undang-undang atau sebarang peraturan;
-
untuk tujuan penyelidikan, penanda aras dan analisis statistik; dan
-
untuk memastikan maklumat yang anda berikan disahkan dan tepat.
(kesemuanya dirujuk sebagai “Tujuan”)
Dengan memberikan Data Peribadi dan/atau Data Peribadi Sensitif kepada kami, anda bersetuju untuk kami memproses Data Peribadi dan/atau Data Peribadi Sensitif anda mengikut Notis Data Peribadi ini, dan anda mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan lengkap, dan tidak mengelirukan atau lapuk. Anda akan segera mengemas kini kami sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Data Peribadi anda.
Dalam keadaan tertentu, kami mungkin mendedahkan data peribadi anda jika perlu bagi mana-mana Tujuan di atas. Kami juga mungkin berkongsi Data Peribadi dan/atau Data Peribadi Sensitif anda dengan pihak ketiga seperti syarikat berkaitan kami, penasihat profesional, subkontraktor atau penyedia perkhidmatan kami, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atas dasar perlu-diketahui sahaja dan bagi tujuan perniagaan yang sah, serta kepada mana-mana pihak yang kami diwajibkan oleh undang-undang atau agensi kerajaan.
Sekiranya anda tidak memberikan Data Peribadi dan/atau Data Peribadi Sensitif anda kepada kami, atau tidak bersetuju dengan Notis Data Peribadi ini, kami mungkin tidak dapat memberikan perkhidmatan kami dengan berkesan atau anda mungkin tidak dapat menikmati manfaat sepenuhnya daripada perkhidmatan kami.
Kami komited untuk melindungi Data Peribadi dan/atau Data Peribadi Sensitif anda serta memastikan ia disimpan dengan selamat. Anda berhak untuk meminta (maklumat di bawah) akses, salinan, pengemaskinian atau pembetulan terhadap Data Peribadi dan/atau Data Peribadi Sensitif anda yang dipegang oleh kami. Anda juga berhak pada bila-bila masa untuk meminta agar kami (maklumat di bawah) mengehadkan pemprosesan dan penggunaan Data Peribadi anda, tertakluk kepada hak kami untuk bergantung kepada sebarang pengecualian statutori untuk mengumpul, menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda.
Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Data Peribadi ini dari semasa ke semasa. Sebarang kemas kini akan diterbitkan di laman web kami.
Selaras dengan Seksyen 7(3) PDPA, Notis Data Peribadi ini dikeluarkan dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Sekiranya anda mempunyai sebarang permintaan untuk mengakses, mendapatkan salinan, mengemaskini, membetulkan atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda, sebarang pertanyaan, aduan, atau jika anda ingin menarik balik persetujuan anda untuk kami mengumpul dan memproses Data Peribadi anda, sila hubungi wakil kami di hello@letsgokinetik.com.
Sekiranya dibenarkan oleh PDPA, kami mungkin mengenakan bayaran untuk memproses permintaan anda dan akan memaklumkan anda mengenai bayaran tersebut sebelum permintaan diproses.
Setakat Januari 2021.